Masalah keracunan di Kampung Angkek-Podek, RPS Kuala Betis, Gua Musang, masih menjadi persoalan pelbagai pihak. Kes yang dipercayai keracunan sumber air telah pun masuk minggu kedua.
Pada 24hb Nov 2015, seramai 8 mangsa telah dirawat di Hospital Kuala Krai dan Gua Musang, akibat dipercayai keracunan. Namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia belum mengesahkan punca sebenar berlaku.
Susulan pada itu, seorang warga emas telah meninggal dunia setelah mengalami cirit-birit dan muntah.
Pada 2hb Nov 2015, seorang remaja juga yang dikenali sebagai Sulkifli a/l Sabri, 16 tahun, telah meninggal duniadipercayai akibat penyakit yang sama.
Mayatnya telah dibawa pulang ke kampung untuk upacara pengebumian pada jam 3.00am dari hospital Kuala Krai dan selamat dikebumikan.
Setakat ini, kami difahamkan kesemua mangsa yang dirawat di hospital telah dibawa pulang setelah mendapati stabil dan setakat ini hanya seorang mangsa keracunan (dan seorang lagi yang dipercayai demam denggi) masih dirawat di hospital.
Namun begitu, kami belum mendapat apa-apa keputusan daripada pihak hospital tentang punca wabak tersebut.
Nasir Dollah | JOAS-COAC
5 November 2015