Orang Asli kecewa slogan Perhimpunan Baju Merah

Masyarakat Orang Asli di Kelantan amat kecewa dengan slogan dan cara perhimpunan Baju Merah yang diketegorikan sebagai tidak menghormati hak dan sensitiviti kaum yang lain di negara ini.

Menurut Kamal bin Alek, perhimpunan ini bersifat perkauman walaubagaimana pihak berkuasa menyatakan perhimpunan ini halal.

“Bagi kami komuniti Orang Asli, ini sudah jelas mereka menunjukkan slogan di kain rentang mereka dan berkata Malaysia adalah hak Melayu.”

Tambahnya, “Mereka sepatutnya harus bersifat terbuka dan saling menghormati antara satu sama yang lain kerana pembangunan dan kemajuan negara ini, Orang Cina dan India pun banyak menyumbangkan ke arah kemajuan negara.”

Sementara itu, Mustafa bin Along yang juga setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) berkata, ”Perhimpunan Baju Merah sepatutnya tidak perlu kerana ia bersifat perkauman dan apa yang kami Orang Asli kecewa ialah Malaysia dianggap hak Orang Melayu.”

“Saya harap mereka belajar sejarah kerana melalui sejarah mungkin mereka sedar dari mana asalnya mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut laporan yang kami terima, perhimpunan ini juga banyak berlakunya kekecohan di kawasan Jalan Petaling sehingga pihak keselamatan terpaksa menyembur air bagi menyuraikan mereka.

Selain itu, Dendi Johari, Ketua Belia Orang Asli Kelantan, mempersoalkan motif perhimpunan ini. Bagi pihaknya, masyarakat Orang Asli amat kesal dimana telah mempengaruhi sebahagian daripada masyarakatnya dibawa ke perhimpunan Baju Merah. Ini suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan beliau percaya kemungkinan JAKOA yang membawa mereka.

Mengulas mengenai pengakuan Melayu bahawa Malaysia adalah hak Melayu, beliau berkata, “Kalau saya Orang Melayu malu nak mengaku yang Malaysia ini hak Melayu kerana semua pembangunan dan kemajuan Malaysia adalah atas usaha semua kaum.”

“Dan berbalik kepada hak sesebuah Negara, di Malaysia Orang Asli berhak kerana masyarakat yang terawal di Malaysia bukannya Melayu. Dia datang dari Sumatra, Pulau Jawa, Riau … dan boleh dikatakan pendatang. Macam mana boleh mengaku Malaysia hak Melayu,” katanya ketika ditemui semalam di Kuala Lumpur.

Nasir Dollah
COAC | 17 September 2015

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *