Sebuah novel sejarah oleh AKIYA (aka Mahat anak China)
Ilustrasi oleh GASUR (aka Pandak Basri)
Diterbit 6 Disember 2013
282 mukasurat | saiz 6 x 9 inci
ISBN 978-967-12282-1-0
Harga: RM20.00
Harga untuk Orang Asal: RM10.00
(Harga tidak termasuk kos pengiriman)
Orang Asli sangat sinonim dengan hamba. Dunia perhambaan penuhdengan perasaan tidak puas hati. Khianat. Dendam dan airmata tidak akan menjadi penawar segala duka. Mereka dilayan secara tidak berperikemanusian, diancam, diburu, dibunuh seperti anjing tiada bercawat ekornya.
Hamba ialah abdi, orang bawahan, orang suruhan. Hamba ialah orang yang dimiliki oleh orang lain dan terpaksa berkerja untuk pemiliknya. Hamba ialah sebuah novel yang mendekatkan kita untuk menyelami penderitaan hidup sebagai hamba yang dimiliki oleh tuannya.
Sejarah perhambaan diawal kurun ke 19 di Tanah Melayu. Sejarah hitam. Sejarah pahit dan getir bagi kaum Orang Asli di negeri Perak. Sejarah yang tercicir dari arus perdana. Mengapa mereka harus diperlakukan sedemikan rupa? Jawapan ada dalam novel Hamba.