HAK ANTARABANGSA ORANG-ORANG ASAL: Perkembangan, Kemajuan Dan Kemerosotan?

Yogeswaran Subramaniam

Diterjemah oleh
Siti Zaharah Jamaluddin

Diterbit oleh
Center for Orang Asli Concerns (COAC) dan
Partners for Community Organisations (Pacos Trust)
2007

ISBN 978-983-43248-3-4

48 + vi mukasurat
6 x 8.25 inci / 152 x 210 cm
RM 5.00

Kandungan:
Pengenalan
Penyediaan Latar
Evolusi Hak-hak Antarabangsa Orang-orang Asal
Eksplorasi Eropah dan Pandangan Ahli Alamiah
Kebangkitan Positivisme dan Kemorosotan
Hak-hak Orang Asal
Penglibatan Awal Organasasi Antarabangsa
Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan
Instrumen Hak Asasi Awal Antarabangsa
Kemunculan Hak-hak Antarabangsa Orang-orang Asal
Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Tindak balas langsung PBB
Tindak balas lain
Adakah Pengiktirafan Semata-mata Memadai?
Kesimpulan
Nota Penamat
Rujukan

Buku ini dengan ringkas lagi padat menjejak serta menilai perkembangan hak hak antrabangsa orang orang asal sejak penjajahan Eropah pada kurun ke limabelas sehingga Majlis Hak Asasi meluluskan draf pengisytiharan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Hak-hak Orang orang Asal pada tahun 2006.

Ditujukan kepada pembaca umum yang berminat serta pakar dalam bidang ini, buku kecil ini mengariskan skop hak hak orang orang asal antarabangsa yang perlu untuk kewujudan orang orang asal. Hak-hak yang perlu ini digunakan juga sebagai ukuran untuk menilai perkembangan hak hak antarabangsa orang orang asal lima kurun kebelakangan ini.

Kajian ini juga memperkatakan tempoh hitam perkembangan penjajahan dimana usur usur barat telah digunakan untuk melucutkan, mengenepikan, mengasimilasikan dan menganiaya orang orang asal – bukannya melindungi cara hidup mereka. Ianya juga menilai penglibatan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antrabangsa dan juga Badan Dunia didalam melindungi hak hak orang asal.

Hak-hak Antarabangsa Orang orang Asal: Perkembangan, Kemajuan dan Kemorosotan menghujahkan bahawa sementara hak hak orang orang asal terus dinodai dan orang orang asal itu sendiri masih lagi berdepan dengan pelbagai cabaran, perkembangan undang undang antarabangsa agak mem-berangsangkan kerana ianya menuju ke arah yang betul.

Yogeswaran Subramaniam, LLB (Hons) (London), CLP, C DipAF (ACCA), MBA (Southern Queensland), LLM (Malaya), adalah bekas Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya (1991-1998) dan  Penasihat Undang Undang Korporat untuk dua institusi kewangan (1999-2005). Beliau kini memberi syarahan di SEGi College, Subang Jaya, Malaysia dan berniat mengikuti ijazah kedoktoran dalam bidang hal-ehwal Orang-orang Asal.

Downloads

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *