Budget 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan bahawa, Beliau belum lagi membaca Memorandum yang telah dihantar kepada beliau pada Mac yang lalu atau beliau telah memilih untuk mengabaikan ketidakpuasan Orang Asli tentang Dasar Tanah Baru Orang Asli tersebut. Sejumlah RM100m telah diperuntukkan bagi tahun 2011 untuk menyelesaikan isu hak tanah Orang Asli dan untuk menjalankan latihan bagi menentukan sempadan-sempadan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk ‘memberikan’ Orang Asli hak tanah secara individu, sementara menafikan hak-hak mereka bagi kawasan-kawasan tanah adat yang amat luas.
Selain itu, PM juga telah bersetuju untuk corporatise JHEOA ke dalam sebuah badan berkanun- Badan Kemajuan Orang Asli (BKOA). Hal ini akan memudahkan JHEOA untuk lebih mengeksploitasi Orang Asli, terutamanya apabila tanah yang baru dimiliki boleh diuruskan.
didalam budget 2011 juga ada menyebut bahawa, elaun bulanan batin Orang Asli dan ketua JKKK akan dinaikan dari RM450 kepada RM800. Setakat yang saya tahu, hanya batin yang mendapat bonus TAHUNAN antara RM1,200 hingga RM2,500. RM100 ke RM200 atau lebih sebulan. Dimana baki wang yang selebihnya telah pergi? Dan Pengerusi JKKK TIDAK PERNAH diberikan apa-apa.